Selasa, 30 Disember 2014

LELAKI INI TEMUI $95,000 MILIK ISTERI SELEPAS 55 TAHUN BERKAHWIN

Lelaki ini telah berkahwin selama 55 tahun dengan isterinya. Mereka dah sama-sama berjanji tiada rahsia antara mereka kecuali satu saja permintaan isterinya iaitu jangan sesekali buka kotak kasut yang disimpan didalam almari milik isterinya.

Sebagai suami yang baik, lelaki ini tak pernah terfikir untuk mengorek lebih lanjut tentang rahsia isterinya di dalam kotak tersebut. “Mesti perkara biasa je ni”, fikirnya.

Hari berganti hari, hinggalah satu hari isterinya terlantar sakit di hospital. Dengan suara yang lemah si isteri memanggil suaminya dan berkata : “Abang, sudah tiba masanya untuk abang tahu rahsia di dalam kotak kasut itu”.

Tanpa buang masa, si suami terus balik ke rumah dan mendapatkan kotak kasut tersebut. Rahsia isterinya selama ini akhirnya terbongkar! Didalam kotak kasut itu terdapat 2 patung yang dikait oleh isterinya dan wang tunai berjumlah $95,000!



Dengan penuh tanda tanya si suami bertanya kepada isterinya : “Kenapa patung ni pun nak jadi rahsia? Dan dari mana datangnya duit $95,000 ni?”

Katanya isterinya : “Sebelum kita kawen, nenek saya ada berpesan rahsia sebuah perkahwinan yang bahagia adalah jangan sesekali bertengkar dengan pasangan kita. Setiap kali saya rasa marah pada abang, saya akan mengait patung-patung kecil ni hingga siap”.

Si suami berasa lega sebab sepanjang mereka berkahwin, hanya 2 patung yang isterinya telah siapkan. Bermakna hanya 2 kali saja isterinya marah padanya. Dengan penuh rasa terharu si suami memeluk si isteri dan menciumnya.

Kemudian si suami bertanya lagi : “Eh, kejap. Dari mana pulak datangnya duit sebanyak $95,000 ni?”

Jawab isterinya : “Oh, tu hasil dari jualan patung-patung yang saya kait selama ni”.

LOL! Rupanya banyak kali lah isteri dia naik hantu kat dia selama ni!

Jumaat, 12 Disember 2014

Sejarah Cina Peranakan Terengganu

6 pegangan Cina Peranakan Terengganu

Jika Melaka terkenal dengan golongan Baba dan Nyonya, Terengganu juga tidak kurang popularnya dengan masyarakat Cina Peranakan digelar Mek dan Awang yang bertapak di negeri ini sejak abad ke-16 dan ke-17 yang membentuk satu golongan etnik unik dan istimewa.

Masyarakat Cina Peranakan Terengganu yang kebanyakannya berasal dari daerah Fujian, China, berhijrah ke negeri ini ketika pemerintahan Dinasti Qing dan mereka yang berbangsa Hokkien kebanyakannya nelayan di negara asal sebelum berhijrah ke Terengganu untuk mencari rezeki.

Istimewanya golongan ini adalah melalui percakapan dan pertuturan kerana 70 peratus komunikasi mereka menggunakan bahasa Melayu loghat Terengganu.
Setiausaha Koperasi Kampung Cina Kuala Terengganu Berhad, Yap Chuan Bin, 64, berkata terdapat enam pegangan utama diamalkan komunitinya iaitu cara hidup, adat, tradisi, kepercayaan, percakapan dan pakaian menyerupai masyarakat Melayu.

Malah, paling utama ialah mereka menganggap Terengganu sebagai tanah tumpah darah mereka.

"Jika masyarakat Melayu makan menggunakan tangan, begitu juga dengan kami malah kami menggunakan meja bersegi empat untuk makan bukannya meja bulat seperti masyarakat Cina lain.

"Kami mengamalkan tradisi kesyukuran menyambut kelahiran genap 40 hari dan menghidangkan pulut kuning atau lebih dikenali nasi kunyit di Terengganu untuk dihadiahkan kepada saudara dan rakan terdekat," katanya yang mengusahakan sebuah agensi pelancongan.

'Guane gamok'
Katanya, kepercayaan masyarakat Melayu seperti melarang anak-anak bermain di luar rumah pada waktu senja dengan mengadakan pelbagai mitos antaranya hantu bagi menakutkan anak-anak mereka juga turut menjadi amalan Cina Peranakan Terengganu.

"Bagi Cina Peranakan, kami yakin kepercayaan ini bagi tujuan menakutkan anak-anak supaya berada di rumah pada waktu berkenaan dan kami sekeluarga boleh makan malam bersama," katanya.

Menurutnya, percakapan dan tutur kata Cina Peranakan juga sama seperti masyarakat Melayu contohnya loghat Terengganu yang popular seperti guane gamok, acu guna, ketik-ketik, hangit, senget dan doh owh.
Daripada tujuh amalan itu yang terakhir adalah pakaian kerana Cina Peranakan satu ketika dulu menggunakan baju kebaya atau dipanggil 'Baju Kebaya Potong Kot' dan kain batik jawa bagi perempuan manakala lelaki memakai kain pelekat dan baju pagoda selain kemeja apabila keluar rumah.

Chuan Bin berkata, lebih menarik dalam golongan itu mereka menggunakan nama timangan seperti Mek dan Awang sama seperti masyarakat Melayu selain gelaran lain bagi rakan-rakan antaranya Salleh, Pok Mat dan Pok Yok.

"Terengganu memang sinonim dengan nasi dagang dan keropok lekor malah bagi masyarakat Cina Peranakan makanan ini bukan asing kerana mereka mampu memasak makanan berkenaan.

"Mengikut fakta sejarah, kini keluarga Cina Peranakan di Terengganu sudah memasuki 11 generasi," katanya yang juga generasi keempat daripada keluarganya yang berketurunan Cina Peranakan Terengganu.

Adat resam setempat
Menurutnya, bagi golongan Cina Peranakan yang dilahirkan sekitar tahun 1950-an, mereka masih kuat mengamalkan semua amalan dalam cara hidup seharian terutama cara makan dan berpakaian.

Katanya, bagi masyarakat Baba dan Nyonya mereka melakukan perkahwinan campur namun bagi Cina Peranakan Terengganu tidak berbuat demikian malah mereka hanya mengikut adat resam masyarakat setempat.

Menceritakan serba sedikit mengenai perbandingan masyarakat Baba dan Nyonya dengan Cina Peranakan Terengganu, Chuan Bin berkata, ketika pemerintahan Dinasti Ming masyarakat Cina dari tanah besar yang berhijrah dilarang membawa isteri dan anak.

"Oleh itu, apabila tiba di nusantara mereka berkahwin dengan masyarakat setempat dan ini berlainan dengan Cina Peranakan Terengganu yang berhijrah ketika pemerintahan Dinasti Qing yang membenarkan lelaki membawa isteri serta anak.

"Peninggalan sejarah kedatangan masyarakat Cina Peranakan ini masih boleh dilihat di Kampung Tiruk dan Bukit Datu selain beberapa lagi lokasi di sepanjang Sungai Terengganu serta Sungai Nerus," katanya.

Dia bimbang jika gagal mewarisi sebaik mungkin apa yang diamalkan nenek moyang mereka yang datang ke negeri itu, identiti Cina Peranakan akan hilang berikutan peredaran zaman dan kemodenan.

Persaudaraan rapat Cina Tirok
Cina Tirok adalah merujuk kepada orang Cina Peranakan yang tinggal di Kampung Tirok dan Kampung Banggul Kemang yang terletak kira-kira 17 kilometer dari bandaraya Kuala Terengganu.

Penduduk Kampung Banggul Kemang dan Kampung Tirok mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Mereka menganggap diri sebuah komuniti yang sama.
Secara kolektif, mereka dikenali sebagai orang Cina Tirok. Justeru itu, nama Tirok digunakan untuk mewakili kedua-dua perkampungan itu. Jumlah penduduk tetap di Tirok ialah 73 orang.

Bilangan penduduk tetap yang agak kecil ini disebabkan penghijrahan keluar orangnya, terutamanya generasi muda, yang tidak berminat mengambil alih aktiviti pertanian daripada generasi tua (kebanyakannya dalam lingkungan umur 60-an dan 70-an).

Kebanyakan mereka menetap dan bekerja di Kuala Terengganu. Ada yang mendirikan keluarga di situ. Mereka hanya balik ke Tirok pada hujung minggu untuk beberapa jam sebelum pulang ke Kuala Terengganu kembali.

Perkampungan ini terletak di tepi Jalan Serada iaitu satu-satunya jalan yang membelahi kedua-dua buah perkampungan ini dengan dikelilingi beberapa buah perkampungan Melayu, iaitu Pengadang Baru, Kampung Beladau, Kampung Banggul Chempedak, Kampung Baru Serada, Kampung Banggul Tok Ku dan Kampung Banggul Mempelam.

Kampung Banggul Kemang terletak di sebelah kiri Jalan Serada, manakala Kampung Tirok terletak di sebelah kanannya (mengikut hala dari persimpangan di Pengadang Baru).

Pola penempatan kedua-dua perkampungan itu sejajar dengan jalan raya, masing-masing terdiri daripada rumah yang bertaburan di kawasan berjarak kira-kira satu kilometer.

Kini hanya ada 14 keluarga peranakan Cina menetap di Kampung Banggul Kemang manakala bilangan keluarga peranakan Cina yang menetap di Kampung Tirok adalah 8 keluarga.

Secara tradisi, penduduk di situ menceburi aktiviti penanaman getah. Getah mula ditanam di situ pada tahun 1919 (Gosling 1964). Rumah mereka dikelilingi kebun kecil getah berkeluasan kira-kira satu hektar. Mereka juga menanam pokok buah-buahan, seperti durian, duku, langsat, rambutan dan salak sebagai sumber pendapatan tambahan.

Sabtu, 6 Disember 2014

Dajjal Al-Masih

Asal-Usul Keluarganya:


Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan
Yahudi. Dia bukan Jin atau apa
jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg
ditangguhkan ajalnya "Minal
Munzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat
oleh Allah swt ke atas
langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga
beliau nantinya turun semula ke
atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di
kuburkan di Madinah Al
Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di
tangguhkan kematiannya sehingga
kiamat nanti.


Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk.
Hidungnya seperti Paruh burung.
Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan
gemuk
dan banyak dagingnya. Menurut
Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan
bahawa asal keturunan bapanya ialah
seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq"
manakala ibunya adalah dari
bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as
dan mempunyai hubungan dengan
makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia
akhirnya ditangkap dan dimasukkan
ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran
dan kehidupan masa kecil
tidak diketahui dgn jelas.


Sifat Badannya:


Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah
orang
yang buta matanya
sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia
mempunyai Syurga dan
Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan
Syurganya pula ialah Neraka
(Hadis Sahih Muslim)


Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan
dalam Hadis Rasulullah
saw, diantaranya:


Seorang yg kelihatannya masih muda;
Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;
Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari
belakang seolah-olah dahan
kayu yg rimbun.


Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti
buah kismis yg kecut,
manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-
hijauan berkelip-kelip
laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah
cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-
Ra)". Tulisan ini dapat
dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai
membaca atau tidak.


Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua
tanda ini menjelma dalam diri
Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun
sebelum itu, kedua-dua tanda
yg terakhir ini belum ada pada dirinya.


Tempat Tinggalnya Sekarang:


Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm
kitab "Shahih Muslim", bahawa
Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia
dirantai di sebuah pulau dan
ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-
Jassasah".
Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu
panjang utk ditulis.. anda
boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis
ini jelaslah bagi kita bahawa
Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg
diizinkan oleh Allah swt utk
keluar menjelajah permukaan bumi ini dan
tempat "transitnya" itu ialah di
sebelah Timur bukan di Barat.


Berapa lama ia akan hidup setelah
kemunculannya:


Dajjal akan hidup setelah ia memulakan
cabarannya kepada umat ini, selama
empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari
pertamanya adalah sama dgn
setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan
ketiga sama dengan satu
minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-
hari biasa. Jadi
keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan
kerosakan itu ialah 14 bulan dan
14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada
disebutkan:


Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa
lamakah ia akan tinggal di muka
bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal
selama empat puluh hari. Hari
yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya
seperti sebulan dan hari
ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih
tinggal lagi (iaitu 37
hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di
hari yg panjang seperti
setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya
sembahyang sehari sahaja (iaitu 5
waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup.
Kamu mesti mengira hari itu
dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap
sembahyang.."


Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya
kita mengira jam yg berlalu
pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari
seperti biasanya kita
lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas
sembahyang Subuh pada hari
itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor,
maka hendaklah kita sembahyang
Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas
sembahyang Zohor itu tiga jam
setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar,
maka wajib kita sembahyang Asar
Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib,
Isyak dan Subuh seterusnya
hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya
dgn masa satu tahun dan
bilangan sembahyang pun pada sehari itu
sebanyak bilangan sembahyang setahun
yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan
ketiga.

Khamis, 4 Disember 2014

Lelaki Mabuk Menari Atas Jalanraya


Tepat hentaman celah kangkang.Memang habuan dia.

Nyaris Maut


Terlampau asyik sms/main game...Apa-apa pun security memang dah terlatih cari tempat perlindungan dibawah , sementara rakannya dan orang awam menahan tren tersebut..

Rabu, 3 Disember 2014

Peristiwa berdarah Tak Bai

Peristiwa berdarah Tak Bai yang berlaku pada 24 Oktober 2004 merupakan peristiwa di mana 78 orang penduduk Islam kehilangan nyawa semasa dalam tahanan tentera Thailand, dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun kerajaan Thailand kemudiannya memutuskan bahawa tidak terdapat sesiapapun yang bersalah dalam kejadian tersebut.

Peristiwa berdarah Tak Bai bermula apabila 6 orang lelaki tempatan ditahan dan dituduh membekalkan senjata kepada pihak pemberontak. Penahanan mereka dibantah oleh penduduk tempatan yang kemudiannya mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan bagi menuntut pembebasan rakan serta sanak saudara mereka itu.

Perhimpunan tersebut bertukar menjadi ganas apabila tentera menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang ramai yang kemudiannya menyebabkan enam lelaki berkenaan mati ditembak.

Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam kemudiannya ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Pattani dengan tahanan dibawa dalam keadaan terbaring tindih-menindih..Apabila trak berkenaan tiba di kem tersebut beberapa jam kemudian, kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati meninggal dunia akibat sesak nafas. Kejadian pada 24 Oktober 2004, di bulan Ramadan itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan meningkatkan keganasan di selatan negara Thailand.

Perdana Menteri Thailand Thaksin, memberikan sokongan penuh di atas tindakan tentera dan kenyataan pertamanya adalah "..kesemua 78 orang mati akibat mereka sudahpun lemah akibat berpuasa semasa bulan Ramadan."

Kejadian ini memburukkan lagi hubungan antara minoriti penduduk Islam yang tertumpu di Wilayah Selatan Thailand dengan sebahagian besar daripada 62 juta penduduk Thailand yang lain yang merupakan penganut agama Buddha.

Setakat ini, lebih 1,000 orang terbunuh termasuk penganut Islam dan Buddha akibat keganasan yang sebahagian besarnya didakwa berpunca daripada perbuatan puak pemisah yang bertumpu di Yala, Narathiwat dan Pattani. Sesetengah pihak pula mendakwa kegansan yang berlaku itu berpunca daripada jenayah terancang dan amalan rasuah.

Bagi menangani isu itu, kerajaan Thailand menubuhkan Suruhanjaya Perdamaian Kebangsaan dan buat pertama kalinya melantik penganut Islam, Jen Sonthi Boonyaratglin, sebagai panglima tentera negara ini.

Kebanyakan rakyat Thailand berpendapat keganasan akan terus berlaku walaupun pelbagai langkah diambil oleh kerajaan bagi mengatasinya, termasuk pelaksanaan kuasa darurat bagi menangani pemberontakan.

Tinjauan pendapat oleh Persatuan Penyelidikan Pemasaran Thailand menunjukkan 62 peratus responden di Bangkok menjangka keadaan di tiga wilayah berkenaan akan menjadi lebih buruk.

Dalam kaji selidik itu, 524 responden di 18 daerah ditanya sama ada mereka menjangka keadaan di selatan Thailand akan bertambah baik, semakin buruk atau kekal seperti sekarang dalam tempoh setahun akan datang.

Enam puluh dua peratus daripada mereka berkata keadaan di wilayah itu akan menjadi semakin buruk, 27 peratus berpendapat keadaannya tidak berubah dan hanya satu peratus meramalkan ia akan bertambah baik.

Hasil kaji selidik itu mungkin mendorong kerajaan Thailand untuk mengambil keputusan bagi memburu pihak militan dengan tindak pantas tentera bagi menghapuskan gerakan militan dengan pantas, dan ini pastinya mendorong kepada peningkatan pertempuran, Keadaan ini sekaligus dijangka akan mendorong pihak pemisah untuk mengembangkan serangan mereka kedaerah lain di negara Thailand, bagi mengurangkan tekanan tentera di Wilayah Selatan Thailand. Serangan dikawasan tumpuan perlancungan pastinya mampu mengancam ekonomi negara Thailand yang banyak bergantung kepada sektor perlancongan.


Penternak ayam cipta kapal selam dari bahan terbuang.



SEORANG penternak ayam, Tan Yong menggemparkan penduduk di sebuah perkampungan di Danjiangkou di wilayah Hubei, China.

Lelaki berusia 44 tahun itu muncul secara tiba-tiba dari dalam tasik takungan bersama kapal selam buatan sendiri yang berwarna jingga.

Tan Yong keluar dari isi perut kapal seberat dua tan yang diinpirasikan menerusi watak kartun Happy Lamb itu. Kapal tersebut mengambil masa selama sembilan bulan untuk disiapkan dan mampu berada di kedalaman lapan meter.

Dia mewarisi kehebatan penduduk kampung yang memiliki bakat untuk mencipta produk binaan sendiri dengan menggunakan bahan terbuang.

Alat pengesan magnitud dan tekanan udara diletakkan pada dinding kabin di atas paip plastik manakala semua tulisan tangan arahan operasi hanya dilekatkan menggunakan pita pelakat dalam kapal elektrik itu. Kabel elektrik dan tong gas pula diletakkan di permukaan lantai.

“Ia merupakan pam udara yang digunakan untuk menimbul dan menenggelamkan kapal selam ini,” kata Tan Yong yang turut memberitahu bahawa dia masih belum memasang sebarang ciri-ciri keselamatan dalam ciptaannya itu.

Idea pembinaan kapal selam itu tercetus dua tahun lalu sebelum melancarkan prototaip pada Mac lepas.

“Saya tidak menuntut di mana-mana universiti, idea hanya berdasarkan imaginasi semata-mata,” ujar Tan Yong mengenai kapal selam yang mampu berada dalam air selama 45 minit itu.

Kapal selam yang dijanakuasakan dengan lima bateri kereta itu melakukan demonstrasi di tasik takungan Danjiangkou sambil dihadiri rakan-rakan dan orang ramai. Meskipun mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai, acara bersejarah itu tidak dihadiri oleh ibu Tan Yong.

“Saya tidak sanggup melihat kerana terlalu takut dengan keselamatannya,” ujar Wang Mingfeng, 65.

Inovasi

Dia memberitahu, Tan Yong mempunyai minat yang mendalam dalam pembinaan barang-barang inovasi sejak kecil lagi seperti bot, senjata dan alat permainan.

Tan Yong merupakan salah seorang pereka amatur di China yang sejak kebelakangan ini membina banyak inovasi baharu termasuk kapal terbang, helikopter dan kereta kebal yang hampir kebanyakannya tidak mengikut prosedur pembinaan asal.


Selain Tan Yong, seorang pendandan rambut dari wilayah Zhejiang antara yang mencipta inovasi mengejutkan iaitu sebuah kapal terbang kecil dengan satu tempat duduk menggunakan tayar kerusi roda elektrik dan tempat duduk daripada kereta go-kart terpakai.

Pada tahun 2012 pula, seorang petani dari wilayah Hebei mendapat liputan meluas apabila membina sebuah rumah bulat yang diperbuat daripada kaca fiber.

Tahun ini, petani berusia 32 tahun, Jian Lin tampil dengan ciptaan sebuah kereta kebal buatan sendiri di wilayah Sichuan.

Seorang pemuda dari wilayah Anhui, Tao Xiangli pula mencipta kapal selam buatan sendiri pada tahun 2010 sehingga dipamerkan dalam satu pertunjukan inovasi di Shanghai.

“Mereka sangat bersungguh-sungguh dan langsung tidak gentar dengan pandangan serong daripada orang sekeliling,” ujar seorang kurator seni, Guo-qiang.

Masyarakat di kawasan pedalaman yang terletak di bawah penguasaan rejim Komunis kebiasaannya hidup berkelompok dan saling membantu antara satu sama lain.

“Kemunculan ramai ‘Petani Da Vinci’ itu juga memberikan bayangan bahawa kreativiti mereka mula mendapat tempat dan perhatian di China serta di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Bagaimanapun, perjalanan kapal selam Tan Yong tidak terlepas daripada masalah kerana dia pernah berdepan situasi genting ketika berada di kedalaman lapan meter buat pertama kalinya.

“Tekanan udara menyebabkan beberapa panel besi rosak sehingga mengeluarkan bunyi menyeramkan,” katanya.

Namun, dia yakin kapal selamnya itu mampu selamat berada dalam air sehingga di kedalaman 10 meter.

Ketika melakukan demonstrasi itu, kapal selam Tan Yong menghadapi masalah apabila tidak sampai beberapa minit berada di dalam air, permukaan luarnya pecah.

Penceraian

Dia melakukan kerja-kerja pembinaan itu di ladang milik ibu bapanya. Kos kapal selam tersebut dianggarkan berjumlah RM17,167 dan Tan Yong mengakui, sepanjang proses pembinaan kapal selam itu, rumah tangganya hampir berakhir dengan penceraian.

“Jika saya berpeluang membina sebuah lagi kapal selam, saya yakin dapat berada di kedalaman 30 hingga 50 meter tanpa sebarang masalah. Hanya perlu menebalkan permukaan besi pada kapal selam itu,” katanya.

Namun, anak lelakinya, Tan Junfeng, 8, skeptikal dengan kemampuan bapanya itu.

“Keluarga kami tidak mempunyai wang yang cukup kerana banyak dibazirkan oleh ayah. Jadi, saya tidak rasa dia mampu membina sebuah lagi kapal selam,” ujar Junfeng. 

Jumaat, 21 November 2014

Biodata Imam Bukhari

Suatu nama yang tidak asing bagi kita, seringkali kita membaca hadis- hadis,tidak terlepas dari pandangan - riwayat Imam Bukhari

mari mengenali dengan lebih dekat siapa beliau ,

Nama :
Muhammad bin Ismail bin Ibrahim
bin Al-Mughirah bin Bardizbah

Nama Panggilan :
Abu Abdullah

Keturunan :

1. Al- Ju'fi : Ini adalah kerana nasab
keturunan Arab, sebabnya : Al-
Mughirah, adalah datuk kepada Imam
Bukhari yang telah memeluk Islam di
hadapan Al-Yaman Al-Ju'fi, lalu
dinasabkan kepadanya sebagai nasab
kepada pemimpin.

2. Bukhari : Ialah nisbah kepada
negerinya.

-----------------------------------------------------------------------------

Kelahiran :

Dilahirkan pada 13 Syawal tahun 194
H, pada hari Jumaat.

Wafat :

Imam Bukhari meninggal dunia pada
tahun (256) Hijrah, pada malam
Sabtu, malam Hari Raya Aidilfitri.
Ketika itu beliau berusia 62 tahun.

-----------------------------------------------------------------------------

Guru-Guru :

1. Abu Asim An-Nabil.
2. Makkiyah bin Ibrahim.
3. Muhammad bin Isa At-Tabba'.
4. Ubaidullah bin Musa.
5. Muhammad bin Salam Al-Bikandi.
6. Ahmad bin Hambal.
7. Ishak bin Mansor.
8. Khalad bin Yahya bin Safuan.
9. Ayub bin Sulaiman bin Bilal.
10. Ahmad bin Isykab.

-------------------------------------------------------------------------

ILMU
-----------

HADIS :
Ilmu hadis ialah penjagaan atau
hafalan beliau terhadap hadis dan
pengetahuannya tentang sanad.
Imam Bukhari telah mencapai tahap
yang tinggi dalam ilmu ini.

TAFSIR :
Imam Bukhari telah memberi
perhatian sebagaimana yang
diberikan oleh seorang ahli hadis
yang mengetahui sanad juga
sebagaimana seorang ahli bahasa
yang mengerti maksud lafaz-lafaz
seperti seorang faqih mengeluarkan
hukum-hakam.

FEKAH:
Pengetahuan Imam Bukhari yang
banyak tentang Hadis, Bahasa Arab
dan pengetahuannya sejak kecil
tentang mazhab ahli fikir serta
perbahasan hukum oleh para
Sahabat dan para Taabi'een telah
membolehkan beliau mengarang
dalam bidang Fekah ketika berusia
18 tahun. Ketika itu beliau telah
digolongkan sebagai seorang ahli
fekah yang terkenal, seorang
mujtahid yang terkemuka sehingga
para syeikh yang mengetahui
kecemerlangan beliau mengakuinya.
Mereka ialah :
(i) Naim bin Hamad Al-Khaza'i
(ii) Muhammad bin Basyar
(iii) Abu Mus'ib Az-Zuhri

SEJARAH & BIOGRAFI :
Imam Bukhari telah menguasai
bidang ini dan tiada seorang pun
yang setanding dengannya. Beliau
mengambil berat terhadap ilmu
tersebut semenjak kecil lagi. Beliau
telah mula mengarang berkaitan
dengan ilmu sejarah dan biografi
semasa muda. Beliau menceritakan
tentang dirinya : "Ketika aku
berumur 18 tahun, aku mula
mengarang cerita-cerita para
sahabat dan para Taabi'een,
mengarang sejarah Madinah di
sebelah Maqam Nabi s.a.w dan aku
menulis kitab itu pada malam bulan
mengambang."
Beliau berkata lagi : " Satu nama
walaupun kecil nilainya aku tetap
menganggap nama itu mempunyai
cerita melainkan aku tidak mahu
memanjangkan penulisanku."
Kitab yang beliau maksudkan
sebagai sejarah ialah Kitab At-Tarikh
Al-Kabir. Kitab ini adalah untuk
menyempurnakan penyusunan
beliau mengikut babnya. Beliau
tidak meninggalkan seorang pun
orang yang diambil ilmu darinya
melainkan beliau menyebut nama
orang tersebut dalam kitabnya At-
Tarikh Al-Ausat dan As-Soghir yang
menunjukkan keilmuan dan
makrifatnya tentang biografi, tarikh
kematian dan sejarah manusia.

JARAH & TA'DIL :
Imam Bukhari merupakan orang
yang pertama mengemukan ilmu
Jarah dan Ta'dil. Beliau merupakan
hafiz yang seolah-olah sanad hadis
semenjak zaman sahabat sehinggalah
zaman beliau dibawah
penjagaannya. Beliau membezakan
antara pencatit hadis serta
menguasainya dengan orang yang
mencampur aduk serta melakukan
pembohongan. Imam Bukhari telah
memperkatakan tentang masalah
perawi hadis tentang kecacatan
perawi dan memperelokkannya,
tetapi beliau membuat perbezaan
yang ketara kerana beliau berhati-
hati terhadap lafaz-lafaz yang
dikemukakan berhubung dengan
masalah Jarah dan Ta'dil kerana
dikhuatiri menyebut keaiban orang
lain. Inilah antara sifat warak dan
budi pekertinya.

ILAL :
Ilmu ini membawa maksud
kecacatan yang tersembunyi dalam
hadis. Merupakan ilmu yang begitu
terperinci dan paling rumit kerana
tersembunyi. Melalui intipati
pengetahuan beliau itulah telah
terhasilnya kitab beliau yang agung
iaitu Kitab As-Sahih. Ahli hadis yang
tidak memahami serta tidak
memberi pengamatan yang baik
terhadap ilmu ini maka
kebiasaannya ia tidak mampu untuk
menyusun kitab hadis yang
membezakan antara hadis sahih dan
tidak sahih.

BAHASA :
Imam Bukhari tidak masyhur atau
cemerlang dengan ilmu bahasa
kerana beliau sibuk dengan ilmu lain
tetapi beliau pada zahirnya telah
menguasai sebahagian ilmu tersebut
yang merupakan ilmu alat
semestinya dikuasai untuk
mendalami serta memahami ilmu
lain. Tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa beliau menguasai ilmu
bahasa ialah sebagaimana yang telah
beliau tulis dibeberapa tempat
dalam Kitab As-Sahih berhubung
dengan tafsir ayat-ayat Al-Quran
yang susah serta gesaan beliau.