How Does It Work?
Step 1
Register your details on this website. Step 2 You will receive a call from DiGi within the next business day (Mondays - Fridays only) to confirm your registration and delivery details. Step 3 DiGi's appointed delivery agent will send a SIM pack to you. Step 4 Upon receiving your SIM pack, you are required to call 016-2211800 to start your switching process. This process can be completed within 24 business hours (with the co-operation of your current service provider).
How Long Will It Take?
From the date we receive your MNP application, we estimate it would take three to seven (3-7) business days to complete your switch to DiGi. During this time, we will send you a SIM pack and work with your current mobile service provider to ensure a hassle-free switching experience.
What Are The Requirements?
Please ensure that the following requirements are met before submitting your request:
|
Jumaat, 24 Oktober 2014
Khamis, 23 Oktober 2014
Kampung Halaman AKA MyHometown
# INFO MENGENAI BUKIT MERTAJAM #Bukit Mertajam merupakan sebuah bandar di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Malaysia. Ia juga lebih dikenali sebagai BM di kalangan penduduk setempat.Nama 'Bukit Mertajam' sempena sebuah bukit berdekatan yang terletak di sebelah Timur bandar ini.
Bukit Mertajam juga merupakan bandar yang berkependudukan ramai di Seberang Perai selain Butterworth. Kaum yang majoriti di Bukit Mertajam ialah kaum Cina 75% dan kaum lain 25%. Kos hidup di Bukit Mertajam tidak begitu tinggi sekali berbanding dengan kos hidup di George Town. Penduduknya kian bertambah dari tempoh dahulu sampailah tempoh kini menunjukkan cuma 28,675 dari tahun 1970 menigkat kepada 122,044(1980), kemudian meningkat menjadi 165,422(1990),235,319(2000) dan lagi sekali meningkat kepada 227,972 (2010) sampailah kenderaan di bandar ini sekarang pun bertambah banyak. Trafik di Bukit Mertajam setiap hari juga sibuk terutamanya waktu permulaan kerja dan waktu tamat kerja.
Hal ini demikian kerana Bukit Mertajam adalah terletak berhampiran dengan bandar yang terbesar dan terbanyak kemudahan di utara Semenanjung Malaysia iaitu George Town, selain Butterworth. Bukit Mertajam juga terletak berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan (bahagian George Town ke Ipoh). Kebanyakan penduduk di Bukit Mertajam juga akan dapat masuk ke lebuhraya terpanjang di Malaysia ini dengan cepat dan tidak begitu jauh dan pergi ke Kuala Lumpur. Kebanyakan penduduk di Kulim pun datang bekerja di Bukit Mertajam pada setiap hari. Trafik perjalanan antara Kulim dan Bukit Mertajam pun agak sibuk pada setiap hari.
Antara lokasi berhampiran ialah Kulim, Seberang Perai Tengah, Permatang Pauh, Penanti, Simpang Ampat, Kubang Semang, Lunas, Perai, Butterworth dan lain-lain.Jajaran Lebuh raya Utara - Selatan terletak di sebelah Barat, kira-kira 5 km. Stesen kereta api terletak di tengah bandar untuk kemudahan penduduk. Stesen kereta api di Jalan Seri Bukit. Syarikat Rapid Penang Sdn Bhd menyediakan kemudahan bas tinjat-tinjat dari satu tempat ke satu tempat sejak 31 Julai 2007. Lebuh raya Butterworth- Kulim(BKE) berhubung terus dengan Bukit Mertajam menerusi susur keluar Permatang Nibong.
Bukit Mertajam ditadbir oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam. MPSP mentadbir tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara,Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Bukit Mertajam sebuah bandar yang berkembang pesat di Seberang Perai Tengah.
Inilah serba sedikit info berkenaan tempat saya membesar.....rindu masa tahun 80an. Banyak kenangan manis dan pahit disini.
Rabu, 22 Oktober 2014
EdisiPrihatin
Tersentuh hati apabila melihat satu keluarga yg kesemuanya lumpuh, suami telah lama meninggal. Penderitaan yg mampu d tafsir oleh jiwa yg mempunyai sinar. Lokasi rumah d belakang kedai 'highway corner' sg dua.
(2)
Isteri
Nama:zainab binti othman
Umur:78 tahun.
Sakit:lumpuh
Isteri
Nama:zainab binti othman
Umur:78 tahun.
Sakit:lumpuh
(2)
Anak
Nama:zaiton binti mohamad
Umur:60 tahun
Sakit: lumpuh
Anak
Nama:zaiton binti mohamad
Umur:60 tahun
Sakit: lumpuh
(3)
Anak
Nama:habesah binti mohamad
Umur:55 tahun
Sakit:lumpuh
Anak
Nama:habesah binti mohamad
Umur:55 tahun
Sakit:lumpuh
(4)
Anak
Nama:noorlia binti mohamad
Umur:47 tahun
Sakit:lumpuh
Anak
Nama:noorlia binti mohamad
Umur:47 tahun
Sakit:lumpuh
(5)
Waris yg blh dihubungi:
Nama:azizah bin mohamad
Alamat terkini:2511 kampung telok sg dua
No telefon:012-4776815
Waris yg blh dihubungi:
Nama:azizah bin mohamad
Alamat terkini:2511 kampung telok sg dua
No telefon:012-4776815
Sumbangan sesama kita dperlukan bagi membantu. Hubungi saya Shahful 0194291444 atau pergi sendiri kekediaman keluarga ini. Belakang 'Highway Corner' hadapan kedai 'char koey teow' sebelum Petron Jln Kg Telok, Sg Dua..tkasih
Bantal Kekabu Asli
BANTAL KEKABU ASLI
Sesiapa berminat dengan bantal seperti gambar diatas boleh hubungi saya...
CALL/WhatsApp : 01135384582 (azhar)
Terdapat dalam 2 saiz ......
1. 17cm x 25cm (kecil) - RM28.00
2. 17cm x 27cm (besar) - RM35.00
Lelaki bernama Robin Hood 'pegang' Kuala Sepetang
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Mengejutkan! Hanya dengan satu arahan, seorang lelaki yang menguasai kegiatan jenayah penyeludupan di jajaran pantai barat Perak termasuk di sekitar kawasan Kuala Sepetang didakwa berupaya mengarahkan segelintir anggota agensi penguat kuasa membantu melaksanakan operasi haramnya tanpa sebarang masalah.
Satu sumber mendakwa, semasa mahu menjalankan aktiviti haram tersebut, lelaki diberi gelaran ‘Ro*bin Hood’ itu akan mengarahkan anggota agensi penguat kuasa yang ‘dibelinya’ memastikan laluan di lautan dan darat ‘dibersihkan’ serta bebas daripada sebarang halangan. Dakwanya, aktiviti penyeludupan tersebut dijalankan sebanyak tiga atau empat kali dalam tempoh sebulan dan akan meningkat ketika musim perayaan terutama melibatkan barangan seperti mercun, arak, dadah serta senjata api. “Sebelum memulakan operasi, mereka dikatakan terlebih dahulu ‘membersihkan’ laluan laut dengan memastikan bot nelayan dan kapal agensi penguat kuasa tidak keluar atau berada di sepanjang laluan. “Keadaan hampir sama berlaku di laluan darat, malah anggota agensi penguat kuasa yang terlibat didakwa akan mengadakan sekatan jalan raya bagi mengesan mana-mana anggota atau pegawai yang jujur serta cuba menghalang aktiviti penyeludupan selain menentukan laluan selamat boleh dilalui sindiket,” dakwanya kepada Utusan Malaysia. Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan kawasan di sekitar Kuala Sepetang antara lain didakwa menjadi lubuk jenayah yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan berpengaruh dan ‘kebal’ daripada tindakan penguat kuasa. Sumber berkenaan mendakwa, orang upahan ‘Robin Hood’ turut memerhatikan pejabat atau rumah anggota agensi penguat kuasa yang disyaki boleh memudaratkan operasi mereka bagi tujuan pemantauan pergerakan. Menceritakan lebih lanjut, sumber itu mendakwa, sejurus kenderaan yang digunakan dalam penyeludupan memasuki lebuh raya untuk membawa barangan ke gudang atau mana-mana lokasi ditetapkan, ‘tonto’ upahan ‘Robin Hood’ akan mengawasi sepanjang proses penghantaran. “Jika terdapat sebarang halangan, tonto dikatakan sanggup bertindak nekad dengan melanggar kenderaan penguat kuasa yang menghampiri lori mengandungi barang seludup. “Kenderaan seperti lori atau ‘lock van’ yang digunakan sindiket untuk aktiviti penyeludupan lazimnya merupakan lori curi dan menggunakan nombor pendaftaran palsu,” dakwanya. Dalam pada itu, sumber itu mendakwa, selain agensi penguat kuasa, ‘Robin Hood’ turut memberi ‘ganjaran’ kepada segelintir nelayan antara RM200 sehingga RM300 supaya tidak keluar menangkap ikan sepanjang menjalankan kegiatan penyeludupan. |
Gigi punya hal.....wueeek
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tidak menyangka kunyahan terakhirnya ketika menikmati hidangan nasi kandar di sebuah restoran terkemuka di sini menjadi igauan ngeri dalam hidupnya apabila menemui sebatang gigi geraham manusia di dalam kuah kari.
Menurut lelaki yang mahu dikenali sebagai Man itu, dia berkunjung ke restoran tersebut untuk makan selepas diberitahu oleh rakan-rakan mengenai kelazatan makanan yang ada di sana kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam. “Pada mulanya saya ingat apa yang digigit itu adalah bahan-bahan rempah atau nasi. Tetapi disebabkan rasanya keras saya terus keluarkan benda itu daripada mulut untuk melihatnya sendiri. “Sebaik melihatnya, terus terdetik di hati bahawa ia adalah sebatang gigi geraham. Bagi memastikan kebenarannya lagi, saya terus membasuh ‘benda’ yang digigit itu dan terkejut kerana sememangnya ia sebatang gigi,” kata Man ketika dihubungi Kosmo! semalam. |
Program "Sentuh Anjing"
Terkini, penganjur program I want to touch a dog’, Syed Azmi Alhabshi berdepan dengan ancaman bunuh serta tuduhan murtad dari orang awam yang tidak berpuas hati dengannya.
Netizen juga turut menyebarkan nombor telefon bimbit Syed Azmi di media sosial. Tersebar di aplikasi WhatsApp juga mendakwa Syed Azmi adalah seorang kristian yang menyamar sebagai melayu untuk memesongkan akidah umat Islam. Bagaimanapun, tuduhan ini tidak disertakan dengan bukti. Jika sebelum ini, Syed Azmi mudah dihubungi menerusi laman Facebooknya, kini dia telah menghilangkan diri dan mengambil langkah berdiam diri dari menjawab sebarang tomahan yang dilemparkan terhadapnya. Beberapa netizen menyarankan agar orang ramai membuat kempen I want to slap Syed Azmi sebagai balasan di atas program yang memesongkan umat Islam. Facebook rasmi bagi program berkenaan juga telah dinyahaktifkan dari Facebook. Video menunjukkan keterujaan Syed Azmi berikutan program sentuh anjingnya mendapat sambutan yang menggalakan dari orang Islam. Rata-rata orang melayu Islam tersinggung dengan program yang dianjurkan oleh Syed Azmi yang dilihat sengaja menghina ulama dan agama Islam. Bagaimanapun, pihak yang menyebelahi Syed Azmi cuba menyebarkan segala aktiviti amal yang dilakukan oleh Syed Azmi sebelum ini bagi mempertahankan tindakan penganjuran program sentuh anjing berkenaan. Namun, ada netizen yang mengatakan matlamat tidak menghalalkan cara. Menurut sumber, dua laporan polis telah dibuat terhadap program tersebut di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya yang didakwa mempersendakan sensitiviti umat Islam. |
TOKYO - Malaysia akan mula memuktamadkan butiran projek Keretapi Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dengan Singapura suku pertama tahun depan.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata demikian kepada wartawan Malaysia dan Singapura pada Persidangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi 2014 di sini hari ini. Persidangan itu diadakan untuk memperingati ulang tahun ke-50 Tokaido Shinkansen atau 'bullet train'. "Berhubung dengan kajian kemungkinan, kami telah mengemukakannya kepada kerajaan dan mereka telah menerimanya. Ia akan dikemukakan kepada Perdana Menteri (Malaysia dan Singapura). "Dua jawatankuasa telahpun ditubuhkan - jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa bersama peringkat menteri," katanya. Singapura masih dalam proses menjalankan kajian kemungkinan dan dijangka menyiapkannya pada awal tahun depan. Syed Hamid berkata, kerajaan pada masa ini sedang membuat penilaian mengenai sistem Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang terbaik bagi Malaysia berdasarkan sistem daripada Eropah, China dan Jepun. “Ia bukan semata-mata mengkaji tentang teknologi tetapi juga modal insan dan budaya cara berfikir. “Mengenai kekurangan pakar kereta api di Malaysia, beliau berkata lebih banyak universiti menawarkan kursus kejuruteraan kereta api sebagai persediaan untuk landskap pengangkutan awam negara yang akan mengalami perubahan,” katanya. Beliau mengaku bahawa HSR merupakan ‘perkara baharu’ dalam teknologi kereta api tetapi memberi jaminan bahawa jurutera kereta api tempatan akan dihantar untuk latihan di luar negara apabila kerajaan memutuskan teknologi dari negara mana akan diguna pakai. Syed Hamid berkata, tujuh stesen HSR telah dikenal pasti di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Batu Pahat, Muar dan Nusajaya. |
Dengan Bismillah...aku mulakan
Blog ini bertujuan untuk bisnes online , berkongsi maklumat , berita terkini dll.
Diharap pengunjung blog ini memaafkan saya sekiranya terdapat kekurangan dari segi kandungan serta maklumat.
Diharap pengunjung blog ini memaafkan saya sekiranya terdapat kekurangan dari segi kandungan serta maklumat.
Langgan:
Catatan (Atom)