Selasa, 10 Februari 2015
TELEFON ATAU KITA ...siapa lebih pintar.
TELEFON adalah alat teknologi yang paling kerap kita gunakan. Dahulu, telefon bukanlah alat terpenting kerana alat teknologi yang ada di kebanyakan rumah adalah radio atau televisyen. Ketika itu, tidak ramai yang punyai telefon di rumah.
Alat itu hanya ditempatkan sebagai telefon awam atau sebagai alat kegunaan di pejabat. Apabila kita semakin moden, baharulah kebanyakan daripada kita mempunyai telefon di rumah.
Telefon mula popular apabila telefon tanpa wayar diperkenalkan. Masih ingat lagikah kita pada era telefon ATUR iaitu Automatic Telephone Using Radio pada akhir tahun-tahun 80an? Telefon itu harus dijinjing bersama dengan pengecas besar seperti sebuah beg.
Apabila muncul telefon generasi 1G jenis analog, penggunaan telefon mudah alih semakin penting. Ketika itu, telefon 1G besarnya seperti setongkol kayu. Bagaimana pun, ia diaksikan dengan penuh gaya oleh segelintir pengguna kerana tidak ramai yang mampu memilikinya ketika itu.
Mungkin ramai yang ingat lagi bagaimana si pengguna akan bercakap terjerit-jerit di khalayak ramai, mungkin kerana talian kurang elok ataupun itu adalah stail mereka yang bertelefon bimbit. Malah, ada tampak bergaya bila berjalan dengan telefon yang tersembul di poket belakang seluarnya!
Zaman digital telefon 2G digital menghasilkan sedikit kecanggihan. Nama pemanggil akan tertera. Ini membolehkan seseorang itu tahu siapakah yang menelefon. Jika panggilan tidak berjawab, sistem pesanan suara membolehkan mesej dikirim.
Kemudahan SMS turut diperkenalkan bilamana seseorang itu boleh meninggalkan pesanan. Tetapi had karektor yang sedikit itu melahirkan pula ejaan SMS yang serba ringkas.
Kemunculan telefon 3G membolehkan seseorang itu menghantar imej. Telefon bertambah fungsi menjadi kamera. Pada hari ini, generasi 4G yang dikenali sebagai telefon pintar membolehkan si pengguna menghantar mesej berbentuk tulisan, imej, suara serta video.
Pautan internet yang lebih mudah dan lancar dengan pelbagai perisian yang boleh dimuat turun serta bermacam-macam pautan media sosial khususnya Facebook serta WhatsApp menjadikan telefon pintar sebagai alat yang amat diperlukan. Malah, boleh dikatakan telefon pintar bukan sahaja menjadi suatu gaya hidup, malah suatu keperluan yang wajib dimiliki oleh sesiapa sahaja.
Bayangkan. Ia mempunyai perisian untuk pengurusan peribadi seperti mesyuarat dan aliran tunai, perisian e-mel, sebagai radio, sebagai televisyen, alat untuk mempastikan tempat tujuan melalui GPS dan juga mengelak kesesakan lalulintas seperti Waze.
Malah, seseorang boleh tahu di manakah dia meletakkan keretanya di parkir pusat membeli-belah hanya dengan menggunakan perisian daripada telefonnya. Jika seseorang malas untuk menekan butang, dia boleh sahaja bercakap memberi arahan kepada telefonnya termasuk bertanya mengenai ramalan keadaan cuaca hari ini. Begitulah fungsi pelbagai telefon hingga kita bukan sahaja bergantung, malah bergayut dengannya.
Apa pun yang digunakan secara berlebihan akan memudaratkan. Di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, telefon pintar menjadikan kita asyik dengannya. Malah, kita kerap tenggelam di alam siber.
Pergilah ke tempat awam dan kita akan ternampak ramai sekali mereka yang berjalan sambil menulis atau membaca di telefon masing-masing. Seolah-olah mereka sudah menjadi zombie kerana mereka berada di mana-mana sahaja di dunia kecuali di tempat mereka berada!
Telefon pintar merapatkan yang jauh. Ironinya ia menjarakkan mereka yang paling hampir dengan kita. Kita biasa melihat mereka berkunjung restoran untuk makan malam bersama keluarga. Tetapi mereka tidak bercakap dengan orang di sisi mereka.
Sebaliknya mereka berhubung dengan orang yang berada beratus kilometer daripada mereka. Ia menepati peribahasa Melayu, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
Sepasang suami isteri boleh baring sekatil, tetapi berbual dengan orang lain hingga terlelap. Bagi yang beribadah pula, yang penting selepas bersolat bukannya berdoa tetapi menggagau telefon untuk melihat mesej siapakah yang sampai.
Mesyuarat syarikat menjadi pelik bilamana tiada sesiapa pun yang mendengar apa yang bos perkatakan kerana masing-masing asyik bermesej. Tetapi sudah menjadi biasa pula, apabila pekerja membentangkan laporan, bos pula asyik menatap video yang dikirim oleh rakannya.
Semua orang tahu bahawa pengunaan telefon pintar itu perlu dibataskan. Perlu ada masa untuk membelek dan masa untuk menyisihkannya. Banyak kerja yang rutin dan mudah jadi tergendala gara-gara telefon pintar.
Telefon yang dahulunya alat kuno kini telah menjelma menjadi sebuah produk pintar. Malangnya, kita yang lebih cerdik kini sudah menjadi hamba kepada telefon pintar. Tetapi siapa yang mahu komplen berlebih-lebih? Pagi ini saya menegur staf saya, sebentar lagi saya juga yang bergayut dengan telefon. Bos saya pun boleh menegur saya. Tetapi sebentar lagi, dia pun dua kali lima!
Ahad, 8 Februari 2015
Budu Kelate...
Anda yang membaca ni pasti ramai kenalan Kelantan ataupun yang membaca ni memang orang Kelantan huhu. Ramai yang kata perempuan yg berasal dari Kelantan ni comel-comel dan bijak-bijak belaka. Bukan lah aku nak puji lebih-lebih sangat sebab aku pun orang pure negeri Pahang.
Jika anda pergi ke Universiti kat seluruh Malaysia ni, pasti majority ialah orang Kelantan. Dekat mana-mana tempat pun ade belaka orang Kelantan dengan identity dan sumbangan mereka dan salah satu makanan popular mereka adalah budu.
Dah menjadi satu lumrah, rakyat kelantan sangat popular dengan hidangan yang sentiasa popular ini walaupun dimana mereka berada.Walaupun mereke duduk di ceruk mahupun pelosok dunia mana pon, budu tidak akan ditinggalkan begitu sahaja. Andai balik ke kampung halaman, mereka akan order 1 atau 2 dozen budu untuk dijadikan bekalan di tempat orang. begitulah kebiasaan yang kita dengar bahawa orang kelantan tidak boleh berpisah dengan budu mereka.
Almaklomla anak klantan yang nun jauh merantau di negeri seberang mahupun nun di kuale lumpor sane susah nak carik stok budu. huhuhu. Namun ade jugak segelintir orang kelantan xsuke dengan budu, kononnye la. Yela dia cakap makanan orang kampung la, nanti naik jerawat la,.. macam2 la. Yeke?ala kalau dah name orang klantan tu, mesti kecik2 buat kuah dengan budu je. Bile besar2 nie jer, pandai cakap xnak makan budu sbb takut naik jerawat la dan segala macam bagai lagi naik.
Budu merupakan makanan traditional Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoeacirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan.
Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Langgan:
Catatan (Atom)