# INFO MENGENAI BUKIT MERTAJAM #Bukit Mertajam merupakan sebuah bandar di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Malaysia. Ia juga lebih dikenali sebagai BM di kalangan penduduk setempat.Nama 'Bukit Mertajam' sempena sebuah bukit berdekatan yang terletak di sebelah Timur bandar ini.
Bukit Mertajam juga merupakan bandar yang berkependudukan ramai di Seberang Perai selain Butterworth. Kaum yang majoriti di Bukit Mertajam ialah kaum Cina 75% dan kaum lain 25%. Kos hidup di Bukit Mertajam tidak begitu tinggi sekali berbanding dengan kos hidup di George Town. Penduduknya kian bertambah dari tempoh dahulu sampailah tempoh kini menunjukkan cuma 28,675 dari tahun 1970 menigkat kepada 122,044(1980), kemudian meningkat menjadi 165,422(1990),235,319(2000) dan lagi sekali meningkat kepada 227,972 (2010) sampailah kenderaan di bandar ini sekarang pun bertambah banyak. Trafik di Bukit Mertajam setiap hari juga sibuk terutamanya waktu permulaan kerja dan waktu tamat kerja.
Hal ini demikian kerana Bukit Mertajam adalah terletak berhampiran dengan bandar yang terbesar dan terbanyak kemudahan di utara Semenanjung Malaysia iaitu George Town, selain Butterworth. Bukit Mertajam juga terletak berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan (bahagian George Town ke Ipoh). Kebanyakan penduduk di Bukit Mertajam juga akan dapat masuk ke lebuhraya terpanjang di Malaysia ini dengan cepat dan tidak begitu jauh dan pergi ke Kuala Lumpur. Kebanyakan penduduk di Kulim pun datang bekerja di Bukit Mertajam pada setiap hari. Trafik perjalanan antara Kulim dan Bukit Mertajam pun agak sibuk pada setiap hari.
Antara lokasi berhampiran ialah Kulim, Seberang Perai Tengah, Permatang Pauh, Penanti, Simpang Ampat, Kubang Semang, Lunas, Perai, Butterworth dan lain-lain.Jajaran Lebuh raya Utara - Selatan terletak di sebelah Barat, kira-kira 5 km. Stesen kereta api terletak di tengah bandar untuk kemudahan penduduk. Stesen kereta api di Jalan Seri Bukit. Syarikat Rapid Penang Sdn Bhd menyediakan kemudahan bas tinjat-tinjat dari satu tempat ke satu tempat sejak 31 Julai 2007. Lebuh raya Butterworth- Kulim(BKE) berhubung terus dengan Bukit Mertajam menerusi susur keluar Permatang Nibong.
Bukit Mertajam ditadbir oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam. MPSP mentadbir tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara,Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Bukit Mertajam sebuah bandar yang berkembang pesat di Seberang Perai Tengah.
Inilah serba sedikit info berkenaan tempat saya membesar.....rindu masa tahun 80an. Banyak kenangan manis dan pahit disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan