Jumaat, 21 November 2014

Biodata Imam Bukhari

Suatu nama yang tidak asing bagi kita, seringkali kita membaca hadis- hadis,tidak terlepas dari pandangan - riwayat Imam Bukhari

mari mengenali dengan lebih dekat siapa beliau ,

Nama :
Muhammad bin Ismail bin Ibrahim
bin Al-Mughirah bin Bardizbah

Nama Panggilan :
Abu Abdullah

Keturunan :

1. Al- Ju'fi : Ini adalah kerana nasab
keturunan Arab, sebabnya : Al-
Mughirah, adalah datuk kepada Imam
Bukhari yang telah memeluk Islam di
hadapan Al-Yaman Al-Ju'fi, lalu
dinasabkan kepadanya sebagai nasab
kepada pemimpin.

2. Bukhari : Ialah nisbah kepada
negerinya.

-----------------------------------------------------------------------------

Kelahiran :

Dilahirkan pada 13 Syawal tahun 194
H, pada hari Jumaat.

Wafat :

Imam Bukhari meninggal dunia pada
tahun (256) Hijrah, pada malam
Sabtu, malam Hari Raya Aidilfitri.
Ketika itu beliau berusia 62 tahun.

-----------------------------------------------------------------------------

Guru-Guru :

1. Abu Asim An-Nabil.
2. Makkiyah bin Ibrahim.
3. Muhammad bin Isa At-Tabba'.
4. Ubaidullah bin Musa.
5. Muhammad bin Salam Al-Bikandi.
6. Ahmad bin Hambal.
7. Ishak bin Mansor.
8. Khalad bin Yahya bin Safuan.
9. Ayub bin Sulaiman bin Bilal.
10. Ahmad bin Isykab.

-------------------------------------------------------------------------

ILMU
-----------

HADIS :
Ilmu hadis ialah penjagaan atau
hafalan beliau terhadap hadis dan
pengetahuannya tentang sanad.
Imam Bukhari telah mencapai tahap
yang tinggi dalam ilmu ini.

TAFSIR :
Imam Bukhari telah memberi
perhatian sebagaimana yang
diberikan oleh seorang ahli hadis
yang mengetahui sanad juga
sebagaimana seorang ahli bahasa
yang mengerti maksud lafaz-lafaz
seperti seorang faqih mengeluarkan
hukum-hakam.

FEKAH:
Pengetahuan Imam Bukhari yang
banyak tentang Hadis, Bahasa Arab
dan pengetahuannya sejak kecil
tentang mazhab ahli fikir serta
perbahasan hukum oleh para
Sahabat dan para Taabi'een telah
membolehkan beliau mengarang
dalam bidang Fekah ketika berusia
18 tahun. Ketika itu beliau telah
digolongkan sebagai seorang ahli
fekah yang terkenal, seorang
mujtahid yang terkemuka sehingga
para syeikh yang mengetahui
kecemerlangan beliau mengakuinya.
Mereka ialah :
(i) Naim bin Hamad Al-Khaza'i
(ii) Muhammad bin Basyar
(iii) Abu Mus'ib Az-Zuhri

SEJARAH & BIOGRAFI :
Imam Bukhari telah menguasai
bidang ini dan tiada seorang pun
yang setanding dengannya. Beliau
mengambil berat terhadap ilmu
tersebut semenjak kecil lagi. Beliau
telah mula mengarang berkaitan
dengan ilmu sejarah dan biografi
semasa muda. Beliau menceritakan
tentang dirinya : "Ketika aku
berumur 18 tahun, aku mula
mengarang cerita-cerita para
sahabat dan para Taabi'een,
mengarang sejarah Madinah di
sebelah Maqam Nabi s.a.w dan aku
menulis kitab itu pada malam bulan
mengambang."
Beliau berkata lagi : " Satu nama
walaupun kecil nilainya aku tetap
menganggap nama itu mempunyai
cerita melainkan aku tidak mahu
memanjangkan penulisanku."
Kitab yang beliau maksudkan
sebagai sejarah ialah Kitab At-Tarikh
Al-Kabir. Kitab ini adalah untuk
menyempurnakan penyusunan
beliau mengikut babnya. Beliau
tidak meninggalkan seorang pun
orang yang diambil ilmu darinya
melainkan beliau menyebut nama
orang tersebut dalam kitabnya At-
Tarikh Al-Ausat dan As-Soghir yang
menunjukkan keilmuan dan
makrifatnya tentang biografi, tarikh
kematian dan sejarah manusia.

JARAH & TA'DIL :
Imam Bukhari merupakan orang
yang pertama mengemukan ilmu
Jarah dan Ta'dil. Beliau merupakan
hafiz yang seolah-olah sanad hadis
semenjak zaman sahabat sehinggalah
zaman beliau dibawah
penjagaannya. Beliau membezakan
antara pencatit hadis serta
menguasainya dengan orang yang
mencampur aduk serta melakukan
pembohongan. Imam Bukhari telah
memperkatakan tentang masalah
perawi hadis tentang kecacatan
perawi dan memperelokkannya,
tetapi beliau membuat perbezaan
yang ketara kerana beliau berhati-
hati terhadap lafaz-lafaz yang
dikemukakan berhubung dengan
masalah Jarah dan Ta'dil kerana
dikhuatiri menyebut keaiban orang
lain. Inilah antara sifat warak dan
budi pekertinya.

ILAL :
Ilmu ini membawa maksud
kecacatan yang tersembunyi dalam
hadis. Merupakan ilmu yang begitu
terperinci dan paling rumit kerana
tersembunyi. Melalui intipati
pengetahuan beliau itulah telah
terhasilnya kitab beliau yang agung
iaitu Kitab As-Sahih. Ahli hadis yang
tidak memahami serta tidak
memberi pengamatan yang baik
terhadap ilmu ini maka
kebiasaannya ia tidak mampu untuk
menyusun kitab hadis yang
membezakan antara hadis sahih dan
tidak sahih.

BAHASA :
Imam Bukhari tidak masyhur atau
cemerlang dengan ilmu bahasa
kerana beliau sibuk dengan ilmu lain
tetapi beliau pada zahirnya telah
menguasai sebahagian ilmu tersebut
yang merupakan ilmu alat
semestinya dikuasai untuk
mendalami serta memahami ilmu
lain. Tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa beliau menguasai ilmu
bahasa ialah sebagaimana yang telah
beliau tulis dibeberapa tempat
dalam Kitab As-Sahih berhubung
dengan tafsir ayat-ayat Al-Quran
yang susah serta gesaan beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan