Jumaat, 6 Februari 2015

5 KEBAIKAN MAKANAN PEDAS


1 . Menurunkan berat badan

Menurunkan berat badan . Siapapun
pasti setuju , makanan apapun kalau
diberi sambal pasti akan lebih
menambat selera . Kalau boleh , makanan
diet anda pun mesti nak kena ada
sambal. Kalau hal ini boleh membuat
anda boleh menikmati makanan sihat
dengan lebih berselera, kenapa tidak?
Lagipun , rasa pedas itu boleh
meningkatkan metabolisme anda . Kajian
menunjukkan bahawa bahan utama
dalam cili , iaitu kapsaisin, memiliki efek
termogenik yang boleh menyebabkan
tubuh membakar kalori ketika
mengunyah selama 20 minit .

2 . Menyihatkan jantung

Menyihatkan jantung . Hasil kajian juga
menunjukkan, budaya makan makanan
pedas menyebabkan insiden serangan
jantung dan stroke menjadi lebih
rendah . Alasannya, cili merah boleh
mengurangkan kesan dari kolesterol
yang berat , sedangkan kapsaisin pula
boleh melawan peradangan . Keduanya
merupakan faktor risiko untuk masalah
jantung.

3 . Mencegah kanser

Mencegah kanser . Menurut American
Association for Cancer Research ,
kapsaisin juga memiliki kemampuan
untuk membunuh beberapa sel kanser
dan leukimia. Sedangkan kunyit , yang
dijadikan bahan dalam kari dan
mustard, boleh memperlambatkan proses
penyebaran kanser dan pertumbuhan
tumor. Untuk memberikan hasil
semaksima mungkin , campurkan dengan
lada hitam untuk menyerap kunyit 2 . 000
peratus lebih banyak.



uploadimage


4 . Menurunkan tekanan darah

Menurunkan tekanan darah. Vitamin A
dan C mampu menguatkan dinding otot
jantung, sementara panas dari lada
meningkatkan aliran darah ke seluruh
tubuh. Kombinasi ini boleh
menghasilkan sistem kardiovaskular
yang lebih kuat.

5 . Mengurangkan stress

Mengurangkan stress . Makanan pedas
boleh meningkatkan produksi hormon
yang memberi rasa ketenangan, seperti
serotonin. Hasilnya, makanan ini
mampu membantu mengurangkan
depresi dan stress .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan